Pengelasan racun rumpai Racun_rumpai

Racun rumpai boleh dikelaskan kepada 2 jenis tindakan iaitu racun sentuh dan racun sistemik. Racun sentuh bertindak apabila bahan aktif racun bersentuhan dengan bahagian rumpai. Antara contoh racun sentuh adalah paraquat yang bertindak dengan merencatkan proses fotosintesis rumpai.Ianya mempunyai tindakan yang cepat namun hanya membunuh bahagian rumpai yang bersentuhan dengan racun dan tidak diserap ke seluruh bahagian rumpai seperti akar, rizom dan lain-lain. Racun jenis sistemik pula bertindak membunuh rumpai dengan menyerap ke seluruh bahagian rumpai (daun, akar, batang, rizom dan lain-lain). Contoh bagi racun rumpai jenis sistemik adalah glyphosate,triclopyr dan metsulfuron methyl. Racun rumpai terbahagi dalam beberapa bentuk kumpulan kimia iaitu bipyridinium, fenoksi, anilida/anilina, organoarsenik, asid aromatik, piridin, sulfonilurea, triazine, glycine, imidazolinone dan lain-lain.